Pengertian
cinta bagi setiap insan pasti berbeza. Tiada yang akan sama 100% walaupun untuk
kembar seiras. Cinta…. Betapa indahnya perkataan ini. Cinta boleh
membuatkan kita gila… Gila dari segi negatif dan gila dari segi postif.
Anda tertanya-tanya wujudkah gila positif? Bukankah semua gila itu
gila negatif? Gila yang membinasakan?Tapi kenyataannya gila positif itu wujud…
Raja yang membina Taj Mahal untuk kekasihnya itu dikategorikan orang gila
negatif… gila cinta sehingga sanggup membunuh arkitek dan pekerja yang membina
Taj Mahal demi untuk memastikan senibina Taj Mahal tidak ditiru. Di
zamannya dia gila negatif kerana sanggup membunuh tetapi kini kerana
kegilaannya India mempunyai salah satu keajaiban dunia.Cinta ada
banyak kategori. Tapi kita biasanya cenderung membicarakan tentang cinta
antara kekasih. Suami isteri pun masih kekasih, berkasih diatas asas yang
sah. Adakah cinta yang lain tidak penting? Tidak… bukan begitu tapi ya..cinta
antara kekasih adalah cinta di ranking teratas di dunia ini. Remaja, dewasa dan
orang berumur malah kanak-kanak semuanya tahu tentang cinta yang satu ini.
Definisi cinta ini sebenarnya tidak dapat ditulis dengan kata-kata. Tidak ada
definisi yang tepat rasanya untuk menjelaskan apakah itu CINTA. Perasaan yang
tersimpan jauh di lubuk sanubari kita itu adalah CINTA yang kita sendiri
gagal untuk mendefiniskannya. Tapi kita tahu bila perasaan itu timbul kita
merasakan cinta...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ada SaatNya Aku Harus Melupakan Masa Lalu Ku Iaitu KAMU.Tapi Mungkin Mengambil Masa Bagi Ku.. Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan